Sebahagian orang mungkin menganggap hadirnya sesuatu masalah dalam kehidupan berumahtangga sebagai satu ujian yang berat. Manakan tidak, selepas mempunyai kehidupan bersama keluarga sendiri, banyak pengorbanan yang telah dilakukan demi orang tersayang.
Namun, bagi sebahagian yang lain, ujian dalam berkeluarga dipandang sebagai satu nikmat dan rezeki kerana disebabkan ujian itu, seseorang itu melihat hikmah lain yang Allah nak rezekikan buat dirinya.
Itulah kisah yang dikongsikan oleh Kak Rahmah yang berasal dan menetap di Singapura. Beliau memulakan perkongsian dengan memori bersama Quran sejak dari kecil.
Walaupun Kak Rahmah mula belajar baca Quran dari usia 7 tahun, kaedah pembelajaran zaman dahulu sememangnya tidak menekankan sangat soal tajweed, tetapi cukup hanya sekadar mengenal huruf dan baris.
Walaupun beliau ada juga belajar mengaji dari guru Quran kampung, namun tempohnya tidak lama kerana selepas meninggalnya guru Quran, Kak Rahmah dah tak mengaji Quran.
Kak Rahmah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang agak unik, kerana ibunya adalah seorang mualaf dan bapanya seorang yang sangat garang. Jadi Kak Rahmah tidak banyak bergaul dengan dengan kanak-kanak lain di zamannya.
BELAJAR QURAN IKUT-IKUTAN SAHAJA
Di usia peringkat menengah, Kak Rahmah hanya didedahkan dengan pembelajaran Quran dan terjemahan secara ikut-ikutan, belum lagi sampai tahap serius untuk menuntut ilmu Quran kerana pada masa itu, fokus hanyalah untuk belajar ilmu duniawi semata-mata.
Ramai dalam kalangan kita sendiri juga kebiasaannya, selagi tidak diuji dengan kesusahan, kita semakin melupakan Tuhan, semakin jauh dengan kitabNya, apatah lagi mahu membacanya. Ketika senang, kita lupa pada Allah, tapi ketika dilanda dengan sedikit ujian kesusahan, kita akan kembali kepada Allah. Begitulah fitrahnya seorang manusia.
Kak Rahmah berkongsi lagi, beliau mula melangkah ke alam rumahtangga pada usia 21 tahun. Pada ketika itu, ujian beliau adalah sentiasa bertarung dengan masa dari pagi, petang, malam, pagi dan berulang-ulang setiap hari bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri membantu perniagaan kedai makan suami, tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan juga seorang ibu.
Memang benar wanita itu sifatnya mampu untuk multi-tasking, buat banyak kerja dalam satu masa. Tetapi manusia itu tetap juga manusia, ada batas dan had kemampuannya.
HADIRNYA UJIAN RUMAHTANGGA
Akhirnya, selepas bergelut dengan kesibukan rutin harian yang tidak pernah cuti selama berpuluh-puluh tahun, Kak Rahmah nekad untuk kembali hidup berseorangan di samping anak-anak.
Kata Kak Rahmah, selepas berakhirnya kehidupan berumahtangga, Kak Rahmah mula sedar selama ini beliau tidak pernah sempat menunaikan hak diri sendiri untuk menuntut ilmu.
Bermula saat itu, Kak Rahmah sudah mula memiliki masa yang sangat lapang untuk dimanfaatkan ke jalan ilmu di samping kerjaya seharian.
Fitrah manusia ketika itu menjalankan peranannya mencari asal usul identiti diri. Dan ketika itu, fitrah manusia mahukan ketenangan dan hanya melalui mukjizat Quran, manusia memperoleh ketenangan hati dan jiwa.
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah Ar-Ra’d : Ayat 28)
DAH TERLAMBAT KE NAK BELAJAR QURAN?
Macam orang lain juga, bila umur sudah semakin senja, walaupun rasa nak belajar Quran, tapi perasaan malu tu tetap ada. Malu sebab rasa macam dah lambat nak mula belajar baca Quran dari peringkat asas.
Jadi pada awalnya, Kak Rahmah cuba belajar baca Quran dengan bapa beliau yang sememangnya pandai mengaji, tetapi seringkali diketawakan dan dipersendakan.
Begitu juga, setiap kali beliau nak belajar dengan abang yang bertugas sebagai imam masjid, seringkali tidak ada kesempatan masa.
Pelbagai halangan yang ada dalam perjalanan Kak Rahmah mencari peluang untuk berguru.
MENGGALI KHAZANAH ILMU DI FACEBOOK
Usaha Kak Rahmah hampir membuahkan hasil sejak berlakunya Singapore Circuit Breaker (macam PKP di Malaysia) disebabkan Pandemik Covid-19. Disebabkan tidak boleh bebas keluar rumah, masa banyak dihabiskan di hadapan laptop untuk menyelesaikan tanggungjawab “Work-From-Home”.
Di kesempatan itulah, Kak Rahmah terjumpa plaftorm pembelajaran Quran bersama AlMukhlisin di Facebook Page AlMukhlisin Home Quran melalui program Waqiah Magnet Rezeki (WMR).
NEKAD BERGURU BELAJAR QURAN
Selepas mengikuti beberapa episod bersama Hizbu Ayam yang lain (dinamakan Hizbu Ayam sebab WMR bermula seawal selepas Subuh, saat ayam sedang berkokok dan mula keluar mencari rezeki, suasana ini menjadi latar belakang slot pembelajaran WMR), Kak Rahmah tanpa berlengah terus mendaftarkan diri untuk menyertai kelas Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin.
Bermula dari April 2020 sehingga kini (Januari 2021), bersama bimbingan Ustazah Shamina AlMukhlisin, Kak Rahmah semakin hari semakin akrab dengan Quran.
Beliau meluahkan rasa gembira dan berpuas hati sebab setiap hari dapat belajar Quran dengan bimbingan seorang guru Quran yang komited.
Ujar Kak Rahmah, amalan baca Quran sudah sebati dan menjadi ketagihan bagi diri beliau. Setiap pagi selepas subuh, beliau wajibkan diri baca Quran. Setiap saat dan detik ketika on the way ke tempat kerja dengan menaiki MRT pun tidak disia-siakan dengan aktiviti kosong, tetapi dipenuhkan dengan rutin baca Quran, on the way pulang dari kerja pun lidah tak pernah berhenti mengalunkan ayat suci kalamullah.
MasyaAllah. Hebatnya mukjizat Quran, telah menyentuh hati seorang insan yang dulunya sentiasa sibuk dengan urusan dunia, tapi tatkala Quran sudah mula sebati dalam jiwanya, tiada apa lagi yang dapat menghalang. Dengan Quran sahaja sudah cukup untuk membahagiakan kehidupan seharian Kak Rahmah.
AZAM TERBESAR DENGAN QURAN
Azam Kak Rahmah, beliau sangat ingin belajar cara menghafal surah-surah pilihan, nak baca Quran dengan lebih baik dan belajar lebih banyak ilmu-ilmu tentang Quran (‘Ulum Quran).
Alhamdulillah, kini sedikit demi sedikit, AlMukhlisin cuba bantu merealisasikan azam dan harapan Kak Rahmah dengan adanya Majlis Ilmu Intensif Tajweed ‘Ulum Quran Kareem (ITQK) yang diadakan melalui aplikasi Zoom sebanyak 12x sebulan bersama student-student AlMukhlisin yang lain.
Beliau juga berhasrat tinggi agar anak-anak beliau juga dapat ikuti dan dekati Quran dari awal, tidak mengulang kesilapam beliau yang tidak sempat bersahabat dengan Quran ketika waktu muda.
Kak Rahmah tak lokek berkongsi tips dan nasihat buat para pembaca sekalian. Ujar beliau, peliharalah waktu 24 jam setiap hari dengan mewajibkan diri supaya meletakkan waktu untuk membaca Quran.
Kak Rahmah juga berkongsi kekesalan dan kesilapan beliau pada masa lampau, sebab meletakkan Quran jauh-jauh dari pandangan mata. Tapi kini tidak lagi, asbab bimbingan para asatizah di AlMukhlisin, dan juga asbab kesungguhan beliau mahu mencari ilmu Quran, Quran kini sudah menjadi darah daging, sentiasa ada bersama Kak Rahmah di mana-mana dan setiap masa dibaca dan dibaca berulang-ulang kali.
Kak Rahmah tak putus-putus memanjatkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat diberikan usia yang panjang sehingga beliau diberi anugerah untuk belajar Quran di usia senja. Alhamdulillah.
Ikuti perkongsian Kak Rahmah dalam video di bawah :
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Puan Rahmah ?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –
Discussion about this post