Al-Quran atau Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Al Quran diturunkan dan mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Bukan itu saja, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Anda tidak tahu langsung membaca Quran??
Tak perlu malu pun kalau sekarang ni kita masih tak tahu macam mana cara bacaannya. Tapi, selagi Allah masih beri kita peluang untuk bernafas di dunia ni, selagi itu kita masih ada masa dan peluang untuk belajar Quran.
Kalau setiap hari kita boleh buka facebook, kenapa kita jarang sangat buka Quran? Beli handphone mahal, tapi sayanglah kalau tak boleh nak install aplikasi Quran.
TIPS 1 :
Langkah pertama yang perlu kita tanamkan untuk baca Quran ialah tanamkan niat yang ikhlas kerana Allah.
Kenapa???
Jika tiada niat anda mesti malas nak lakukannya. Saya yakin, jika ada niat, anda akan mampu. Jika anda membaca artikel ini, anda akan tanam niat untuk membaca Al Quran atau niat untuk mengajar membaca Al Quran. Saya menghargai niat anda. Baik anda mahu belajar atau mengajarkannya kepada orang lain. Jadi
TIPS 2 :
Mengapa ramai orang yang “tiada masa” untuk membaca Quran? Sedangkan waktu yang kita miliki adalah nikmat dari Allah tetapi amat sukar untuk belajar membaca Quran.
Mungkin anda memerlukan Langkah Yang Cepat Untuk Belajar Membaca Quran kan? Jangan bimbang, saya akan kongsikan tips-tipsnya.
Ambilkan sedikit masa, sama-sama kita renungkan, masa milik Allah, diri kita milik Allah, tapi mengapa waktu untuk membaca kalam Allah begitu sukar?
Sebenarnya, bukan tiada masa. Tapi, sejauh mana anda memberi keutamaan kepada perkara ini. Jika anda masih mengatakan tiada masa untuk belajar dan membaca Al Quran, maksudnya aktiviti lain jauh lebih penting dari Al Quran. Sebenarnya anda banyak masa yang kosong untuk membaca Al Quran. Anda lebih cepat pandai membaca Al Quran jika peruntukkan masa yang cukup untuk membacanya. Semakin banyak masa yang anda peruntukkan, semakin cepat untuk anda lancar dan fasih.
TIPS 3 :
Perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan pada masa kini, melahirkan kaedah atau cara untuk mempercepatkan proses belajar membaca. Hasil pembangunan ilmu pengetahuan dan teknologi yang membolehkan kita boleh belajar dengan cepat. Sekarang terlau banyak perkembangan teknik, cara ataupun kaedah yang boleh permudahkan cara kita belajar membaca Al Quran.
Salah satu yang luar biasa adalah kaedah Iqra. Kemudian dikembangkan lagi menjadi pelbagai kaedah lagi seperti kaedah Ummi dan kaedah Albana. Semuanya untuk mempermudahka umat Islam untuk membaca Al Quran.
Menurut pengetahuan, kaedah Iqra, Albana, dan Ummi adalah kaedah yang baik dan benar dalam membaca Al Quran. Diluar sana, banyak sekolah yang telah melaksanakan kaedah ini. Termasuk yang terbaru adalah kaedah Rubaiyat. Agak berbeza dengan kaedah sebelum ini yang hanya memberi tumpuan untuk konsisten, kaedah Rubaiyat adalah fokusnya pada kelajuan dan kemudahan untuk cepat membaca.
Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post