Tanda-tanda Kecil Hari Kiamat
12 Tanda-tanda kecil yang telah muncul dan dan terbukti di dalam hadis. Hadis-hadis yang ditemukan dalam Riwayat Muslim, Riwayat Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
1. Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim |
2. Penaklukan Baitulmuqaddis
3. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
“Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat).” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran. |
4. Bermaharajalela kedengaran alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian muzik dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah |
5. Menghiaskan masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai. |
6. Munculnya kejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim |
7. Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
Diriwayatkan dari Anas r.a. “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq.” – Riwayat Ibn Ady |
8. Ramai orang soleh yang meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. – Riwayat Ahmad |
9. Orang hina mendapat kedudukan terhormat dan tertinggi
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia.” – Riwayat Thabrani |
10. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya kelihatan telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. : “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” |
11. Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani |
12. Manusia mewarnai rambut dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai |
Tanda-tanda Besar Hari Kiamat
12 Tanda-tanda besar yang akan muncul pada hari kiamat.
1. Lahir anak-anak hasil dari perbuatan zina.
2. Hijaunya bumi Arafah
3. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
4. Munculnya nabi-nabi palsu berjumlah 30 orang.
5. Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
6. Keluar asap tebal dibumi Hiaz.
7. Kejadian gempa bumi.
8. Munculnya kekuasaan dajjal.
9. Munculnya Imam Mahdi.
10. Matahari terbit dari barat.
11. Terdengar tiupan sangkakala.
12. Al quran dan ilmu-ilmu agama diangkat dari manusia.
Discussion about this post