
Alhamdulillah, kita dah masuk siri 2 nota simbol dan kali ini kita nak masuk perkongsian juzuk 18 bagi bacaan panjang pendek dalam Quran.
Nak baca perkongsian simbol panjang dalam juzuk 17? Klik SINI.
Okay jom kita lihat simbol apa yang ada dalam juzuk 18 pula.
Dalam juzuk ini, kita jumpa simbol waw kosong sebelumnya baris depan, dan ya kosong sebelumnya baris bawah.
Kedua-dua simbol ini dibaca 2 harakat ketika sambung bacaan, tapi bila nak berhenti, ia boleh dibaca dengan kadar 2, 4 atau 6 harakat.
Tapi ada syaratnya. Iaitu selepas simbol tersebut mesti ada huruf yang lain. Contoh kalimah di atas, selepas huruf waw kosong, ada huruf nun selepasnya. Jadi, bolehlah dibaca 2, 4 atau 6 ketika berhenti.
Amacam, faham ke faham?
Lebih penjelasan, boleh dengarkan dalam video di SINI :
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda.
Nak baca perkongsian tentang simbol-simbol dengung dalam Quran, rujuk SINI.
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website »»» cepatpandaiquran.com
Discussion about this post