
Alhamdulillah, kita dah masuk siri 2 nota simbol dan kali ini kita nak masuk perkongsian juzuk 17 bagi bacaan panjang pendek dalam Quran.
Nak baca perkongsian simbol panjang dalam juzuk 16 Klik SINI.
Okay jom kita lihat simbol apa yang ada dalam juzuk 17 pula.
Dalam juzuk ini, kita jumpa simbol ombak, ataupun tanda mad, dan selepasnya ada tanda waqaf.
Cuba teka, berapakah kadar harakat yang perlu kita baca ketika hendak berhenti pada simbol ombak, dan selepasnya tak sempat jumpa hamzah?
Dapat jawapan?
Jawapannya ialah 2 harakat sahaja, kerana ia adalah kadar harakat yang asal bagi kalimah tersebut sekiranya tidak bertemu dengan huruf hamzah.
Jadi, bila kita berhenti pada simbol ombak yang tak sempat jumpa hamzah, kita perlu baca panjang 2 harakat sahaja kerana kembali kepada kadar harakat yang asal.
Amacam, faham ke faham?
Lebih penjelasan, boleh dengarkan dalam video di SINI :
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda.
Nak baca perkongsian tentang simbol-simbol dengung dalam Quran, rujuk SINI.
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website »»» cepatpandaiquran.com
Discussion about this post