
Jom kita teruskan lagi dengan perkongsian kenali simbol-simbol dengung dalam juzuk 5. Ayuh!
Haa kali ini, kita nak fokus pada satu simbol sahaja, iaitu simbol Nun SABDU.
Jadi, jumpa saja nun sabdu ini dalam mana-mana ayat Quran yang kita baca, terus dengung 2 harakat, okay?
Untuk latihan, cuba anda senaraikan 5 contoh yang berbeza bagi simbol Nun SABDU dalam juzuk 5 ini.
Selain simbol nun SABDU, masih ingat lagi tak ada berapa simbol dengung kesemuanya? Klik SINI untuk ulangkaji simbol-simbol dengung dalam Quran.
Ingat, bila kita dapat suatu ilmu, PENTING sangat tau untuk kita selalu ulangkaji dan buat latihan. Sebab ilmu boleh hilang bila kita tak ulang-ulang/murajaah.
Imam Ghazali pernah berkata :
“Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad.”
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda.
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website »»» cepatpandaiquran.com
Discussion about this post