
“Ustaz, kenapa ramai antara kita sekarang sekadar hafal nama hukum, tapi tidak faham maksudnya??”
Jawapannya sebab, ramai antara kita sudah terbiasa dengan menghafal nama-nama hukum tajwid. Sayangnya, kita sekadar hafal nama hukum, tapi tak faham!
Buktinya apa? Kita tahu nama-nama hukum tapi ketika mengaji Quran tetap membaca dengan bacaan dengung tak dengung, panjang pendek yang kurang tepat. Bayangkan, nak hafal berpuluh-puluh nama hukum itu pun sudah mengambil masa yang lama, tapi tetap tak faham.
Haa, jadi, kaedah simbol ni adalah satu kaedah alternatif yang lebih mudah untuk kita ingat dan faham berbanding dengan nama hukum. Nanti bila kita dah mahir dengan teknik simbol, baru kita belajar nama hukum pula.
Bermula dengan tahu simbol, insyaAllah tajweed akan lebih mudah.
Jom kita teruskan dengan nota simbol dengung pada juzuk 2 pula. Ingat lagi kan, Practise Makes Perfect? Jadi kena sentiasa latih ye.
Dalam juzuk ini, ada TIGA simbol dengung baru yang tiada dalam nota juzuk 1 yang lalu, klik SINI untuk baca perkongsian nota dengung juzuk 1.
Apa 3 simbol tu?
Iaitu simbol :
1. Mim SABDU – مِمَّن
2. Tanwin Bawah TAK SELARI – صِراطٍ
3. Tanwin Atas TAK SELARI – أُمَّة
Jadi, bila jumpa simbol-simbol ini, jangan lupa dengung. Bila sebut dengung pula, ingat 3 perkara asas yang dah dikongsi sebelum ini. Nak tahu kena baca SINI okay.
Lebih penjelasan, boleh dengarkan dalam video di SINI :
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda.
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website »»» cepatpandaiquran.com
Discussion about this post