Anda dah ingat kesemua 11 simbol dengung?
Kalau belum, jemput baca semula di SINI untuk tahu apakah 11 simbol dengung yang terdapat dalam Quran.
Bila kita belajar sesuatu ilmu yang baru, mesti sentiasa ulangkaji dan ‘murajaah’ supaya ilmu yang kita dapat itu lekat dan mantap, inshaaAllah.
Okay jom kita lihat apa simbol-simbol dengung yang ada dalam muka surat pertama bagi juzuk 1.

Dalam ayat di atas, ada 8 kalimah yang dah ditanda dengan simbol dengung.
Antaranya ialah :
إِنَّ – Nun ada SABDU
ءَأَنذَرْتَهُمْ – Nun KOSONG tidak ada tanda
ُغِشَوَةُ – Tanwin baris atas 99
من يقول – Nun Kosong
هم بمؤمنين – Mim Kosong
Jadi, bila jumpa simbol-simbol ini, apa ye yang kita kena buat ustaz?
Haaa, ada 3 perkara yang mesti kita buat bila jumpa simbol ini dan simbol-simbol dengung yang lain dalam Quran.
1. Dengung 2 harakat
2. Bunyi dengung keluar dari rongga hidung
3. Ready untuk sebut huruf seterusnya
Untuk lebih penjelasan, boleh dengarkan dalam video di SINI :
P/s Untuk latihan, cuba salin dan tuliskan simbol-simbol dengung yang telah anda pelajari bersama dengan beberapa contoh yang anda jumpa dalam Quran.
Amacam? Bunyi macam senang je nak buat kan? Tapi yakin ke sebutan anda tu betul 100% ? Kalau nak tahu betul ke tak betul, kena cari guru Quran anda sekarang dan semak cepat-cepat .
Sahabat, ustaz nak tanya. Ada tak dalam kalangan anda atau ahli keluarga yang nak hafal Quran, tapi tak tahu cara dan panduan yang mudah. Kalau ada, ustaz nak bantu anda dengan Panduan Mudah Hafal Quran yang ustaz dah susun. Semuanya untuk bantu umat Nabi saw kepada cinta Quran. Untuk info lebih lanjut, klik je di SINI ye, inshaaAllah ustaz akan bantu sehabis baik 😉
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda juga ye. Kita berkongsi kebaikan untuk SAHAM AKHIRAT yang berterusan.

Supaya nanti ia mampu jadi penolong di alam kubur 🤲🏻
Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post