Simbol dengung seperti yang kita tahu mempunyai 11 kesemuanya. Di bawah ini ialah gambar simbol dengung secara ‘single’, iaitu tanpa bertemu dengan huruf selepasnya.

Kenapa Kena Kenal Simbol?
Kenapa kita kena kenal simbol, kenapa tak kenal nama hukum je? Sebab, teknik simbol ini lebih mudah untuk difahami dan lebih cepat untuk kita ingat, terutamanya bagi orang yang baru nak belajar Quran ๐
Yang penting, kita tahu cara bacaannya dulu.
Cara Bacaan Dengung
“Ustaz, betul ke bila kita jumpa simbol dengung, ada 3 perkara yang kita kena buat. Boleh ustaz terangkan?”
Ya betul. Bila kita jumpa saja salah satu di antara 10 simbol dengung di atas, ada 3 perkara yang mesti kita buat, iaitu :
1. Mesti dengung 2 harakat
2. Bunyi dengung keluar dari rongga hidung (khaisyum)
3. Bersedia untuk sebut huruf selepasnya.
Contohnya : ูู
ูู ููุจูู
Perhatikan pada simbol nun kosong, maka cara bacaannya adalah dengung 2 harakat, bunyi dengung keluar dari rongga hidung, dan bersedia untuk sebut huruf ู selepasnya.
Jom kita lihat simbol panjang pendek pula.
Untuk bacaan panjang pendek dalam Quran ni sebenarnya mudah je, bila kita kenal dan camkan simbol-simbolnya, confirm dah boleh baca.
Cuma, kena tahu pula kadar-kadar harakat bagi setiap simbol ni. Kenapa penting kena tahu? Sebab, kadar harakat ni ada banyak, dan ada beberapa simbol yang tak sama harakatnya.
Kadar harakat bagi bacaan panjang :
1. 2 harakat
2. 2, 4 atau 6 harakat
3. 4 atau 5 harakat
4. 6 harakat
Contohnya,
ููุงูู ุ ููููู
Simbol alif kosong, sebelumnya huruf berbaris atas, dan simbol ya kosong, sebelumnya huruf berbaris bawah, dibaca dengan 2 harakat.
Mudah kan?
Tapi, macam mana nak tahu kadar harakat bagi simbol yang lain pula? Kalau nak tahu dengan tepat, mestilah kena ada guru yang membimbing bacaan Quran kita.
Amacam, boleh ke boleh? ๐
P/S : Untuk memastikan sebutan anda betul, anda perlulah berguru. (Bertalaqqi secara One-to-One).
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website ยปยปยป cepatpandaiquran.com
Discussion about this post