
Siti Nor bt Mat Salleh, atau lebih mesra dengan panggilan Makcik Siti, walaupun dengan usia yang sudah hampir 70 tahun, beliau tetap konsisten berguru demi untuk belajar Quran.
Baginya, usia bukanlah penghalang untuk beliau menuntut ilmu, bahkan itulah pendorong untuk terus istiqomah dalam belajar dan menghafal Quran.
Kenangan Mahal Dahulu Kala
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, Makcik Siti mula belajar Quran semasa berumur 6 tahun. Ketika itu, beliau hanya berguru dengan ibunya sendiri. Selepas itu barulah beliau dihantar belajar dengan guru Quran, itupun menurutnya hanya guru kampung sahaja.
Berkat bimbingan guru tersebut, Makcik Siti berjaya khatam buat pertama kali pada usia 10 tahun. Namun, kata beliau, pada waktu itu hanya mampu baca sahaja, tanpa mengenal hukum-hukum tajwid, seperti panjang pendek, dengung / tak dengung dan sebagainya.
Bertukar guru pada usia 13 tahun, beliau mula diajar sedikit berkenaan dengan hukum tajwid, namun secara umum sahaja tanpa disebut secara jelas. Tak pernah tahu nama-nama hukum tajwid, seperti yang kita semua maklum pada masa kini, seperti ikhfa’ haqiqi, izhar halqi dan sebagainya.
Sedikit, Tapi Berterusan
Setelah menginjak usia remaja, bermulalah episod kehidupan sebagai pelajar universiti dan juga alam bekerja. Kesibukan dan kekangan masa membuatkan Makcik Siti tidak sempat untuk mencari guru bagi menyambung pembelajaran Quran yang ditinggalkan sekerat jalan dahulu.
Tapi syukurlah, bacaan Quran beliau masih tetap diteruskan apabila ada masa luang. Ada juga ikut kelas Quran, tapi itupun sekadar 1 jam sahaja, di sela-sela waktu bekerja.
Orang kata, kalau tak dapat buat semua, jangan pula kita tinggal semua. Kata-kata itulah yang beliau pegang untuk terus konsisten dengan Quran sehingga kini.
Dapat Rezeki Berguru, Baru Tahu
“Sebelum ni kan, makcik tak tahu yang bila sebut 3N +9TW, semua tu. Jenis-jenis tanwin pun makcik tak tahu sebelum join AlMukhlisin. Jadi dengan AlMukhlisin lah makcik kenal kenapa dengung, kenapa hukum ni-hukum ni terjadi. Rasa lebih yakin lah bila baca…”
“Itu salah satu di antara yang makcik sangat-sangat syukur. Sebab sebelum ni, makcik tak pandai tulis jawi…so sekarang ni bersyukur sangat dengan AlMukhlisin ni, wajib hantar homework, jadi makcik gigih berusaha jugak belajar tulisan jawi…. ”
Amalan Harian Dengan Quran
Makcik Siti bercerita, semasa zaman kerja dahulu, beliau sering juga ikuti kelas-kelas pengajian selepas waktu pejabat. Ketika itu, Ustaz pernah berpesan bahawa dalam sehari, kita kena baca Quran sekurang-kurangnya 100 ayat sehari. Sebab nanti ayat yang kita baca itulah akan datang untuk jadi penolong kita bila dalam kubur.
Pesanan Ustaz dipegang erat, dan beliau memang menjadikan bacaan 100 ayat setiap hari itu sebagai amalan rutin.
“Kalau tak baca tu, rasa macam ada sesuatu yang tak cukup dalam hidup hari itu…”
Guru Pertama Bagi Anak-Anak
Berkongsi didikannya kepada anak-anak, “Sebelum makcik hantar mereka kepada guru mengaji, makcik ajar dulu. Sebab mak makcik kata, kita mesti ajar anak-anak kita walaupun alif ba ta. Sekurang-kurangnya kita jadi guru pertama AQuran anak-anak kan…”
Kalau kita sebagai ibu bapa tak jadi guru pertama dalam urusan agama untuk anak-anak kita, maka pada siapa mereka nak bergantung harap. Dah besar nanti, lidah jadi keras nak sebut dan baca ayat-ayat Quran.
tambah ustaz.
“Bagaimana nak jadi orang pertama yang ajar anak baca Quran, itu bergantung pada bagaimana ajaran kita…”,
Nasihat Sebagai Orang Yang Berusia
Hidup ini tak lama kata Makcik Siti, tak tahu bila Allah akan panggil kita. Jadi kita tak boleh terlalu leka, mesti dekatkan diri dengan Quran.
“Sibuk sibuk kerja tu, kerja juga. Itu hak dunia. Jadi kita, Quran, kelas-kelas mengaji ni kena la juga cari masa untuk pergi. Sebabnya, ini (bacaan Quran) yang akan tolong kita di akhirat nanti. Sekurangnya sehari, walaupun sedikit, mesti baca Quran….”.
Mudah-mudahan kita boleh ambil pengajaran dan pengalaman mereka yang ikhlas berpesan kepada kita. Sebab, tujuan hidup kita tak lain tak bukan, hanyalah untuk kembali kepada Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita.
Tonton lebih dekat perkongsian beliau di sini :
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Makcik Siti ?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
Discussion about this post