“Ayah, basikal adik dah berkarat.” Huhu
.
Takpe2, adik. Nanti ayah belikan cat. Kita sembur bagi nampak baru.
.
Ok, ayah. Senyum. Terima kasih ye ayah.
.
.
Keesokan harinya.
Ayah membelikan cat untuk disembur pada basikal adik.
.
.
Ketika sesi menyembur basikal.
.
.
Adik-adik.. Kalau basikal ini berkarat, maka adik akan nampak kan?
.
Ye, ayah.
.
Tetapi, apabila hati kita berkarat, kita tak nampak.
Basikal ini berkarat disebabkan oleh kerana dibiarkan terkena cahaya matahari dan hujan.
.
.
Ok, hati berkarat sebab apa?
.
.
Senyum.. Ayah dah bagitahu hari itu ketika majlis #UsrahSantai malam Jumaat minggu lepas.
.
.
Jap, adik fikir. Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhamamad.
.
.
Haaa. Hati berkarat disebabkan kerana dibiarkan diri kita lalai dan kita buat dosa.
.
.
Alhamdulillah.. Bagus anak ayah. Tak ingat, terus selawat. Senyum.
.
.
Siapa nama ulama yang bagitahu??
.
.
Ibnu Al Qayyim..
.
.
Alhamdulillah..
Ok, macam mana nak bersihkannya?
.
.
Hmmm.. Ayah belum bagitahu lagi. Adik rasa, kita kena banyak istighfar kan, ayah.
.
.
Mumtaz, anak ayah.. Itu adalah salah satu caranya. Membaca Al Quran juga dikira sebagai kita beristighfar.
.
.
Alhamdulillah, pagi ni, adik dah baca 4 Maqra’. Dan adik dah ingat 3 ayat surah Al Mulk.
.
.
Bagus-bagus adik. Nanti tasmik (memperdengarkan tanpa melihat Mushaf Al Quran) malam nanti, ye..
.
.
Ok. Satu cara lagi untuk membersihkan hati ialah dengan berzikir.
.
.
Apa makna zikir, adik?
.
.
Zikir ialah kita ingat kepada Allah. Kan, Ayah?
.
.
Ayah menggangguk.
.
.
Dan perkara yang kita sedang sembang ini adalah salah satu kita ingat kepada Allah.
.
.
Alhamdulillah.. Bagus-bagus adik. Adik dah semakin faham.
.
.
Ayah terus memeluk adik dan memuji adik.
============================================
SENYUM. Alhamdulillah.
Boleh anda kongsikan bagaimana anda menerapkan ilmu agama dalam diri anak-anak anda supaya ianya boleh menjadi pedoman dan inspirasi kepada pembaca.
Sharing is caring. Caring is loving.
Hmm.. Maqra itu apa? Hehehe
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
#AlMukhlisin
Discussion about this post