Firdus bt Sheikh Jaafar, lebih mesra dengan panggilan Umi, adalah antara mereka yang begitu komited mengikuti program AlMukhlisin selama 2 tahun. seorang pesara guru yang berusia 60 tahun
Umi akui, beliau tidaklah pandai dalam hukum-hukum tajwid. Jadi, beliau memang tercari-cari cara yang paling baik untuk belajar Al Quran. Seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal, umi telah mendapat satu flyer berkenaan program pengajian yang AlMukhlisin tawarkan secara individu, umi terus mengambil peluang tersebut.
Ketika ditanya apakah tahap bacaan Al Quran sebelum ini, beliau menjawab,
“Umi rasa macam zerolah. Zero tak tahu apa. Boleh baca je, tak tahu hukum apa-apa….”
Sesi kelas yang berlangsung selama satu jam, menurut umi sangat padat dan sarat dengan ilmu, samada ilmu Al Quran, tajwid, hafalan surah, dan juga ilmu fardhu ain.
“Umi fokus Umi baca 10 hingga 15 muka surat satu hari. Umi wajibkan diri umi sebabnya kita kena tanda. Apabila kita tanda, bila kita ada tanggungjawab, kita rasa lebih komitedlah untuk baca Al Quran itu, walau di mana pun kita pergi…”.
Umi secara peribadinya sangat menyarankan kepada orang ramai untuk turut sama mengikuti program AlMukhlisin.
“Bagi keluarga terutama sekali, sebab kadang-kadang kita sibuk dengan kerja, tiada masa bersama dengan anak, dengan suami. Why not kita panggil tenaga pengajar AlMukhlisin, kita boleh belajar, suami boleh belajar, ataupun isteri ….”
“Jadi hubungan silaturrahim antara keluarga dapat dieratkan dan pada masa yang sama kita dapat belajar ilmu Al Quran dengan lebih baik lagi..”
Tonton lebih dekat perkongsian di sini :
Anda mahu dibimbing sepertimana Umi dibimbing oleh AlMukhlisin?
Usah bertangguh lagi untuk bersama dalam circle orang-orang soleh dengan menekan link ini sekarang.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

Discussion about this post