‘Lost’? GPS kan ada. Apabila kita sesat jalan maka, kita perlu mencari petunjuk. Petunjuknya ialah GPS, waze dan google maps. Tetapi apabila seseorang itu sesat di dalam dunia kehidupan sehingga melalaikan. Maka cara untuk kembali ke jalan yang lurus ialah dengan mencari GPS kehidupan. GPS kehidupan bagi setiap manusia adalah Al Quran. Al Quran adalah segalanya untuk manusia.
Al-quran merupakan kitab suci umat Islam yang mengandungi banyak manfaat bagi umat manusia. Al-quran diturunkan sebagai petunjuk bagi seluruh manusia melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai Rasul yang dipercaya menerima mukjizat Al-quran, Nabi Muhammad SAW menjadi penyampai, pengamal, serta penafsir pertama dari Al-Quran.
Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 2 :
Ayat di atas menjanjikan bahawa Al Quran adalah sebagai GPS (petunjuk) bagi orang-orang yang hendak bertaqwa.
Siapakah golongan orang-orang bertaqwa itu?
Orang-orang yang bertaqwa adalah orang-orang yang menjaga dirinya dari seksaan api neraka. Orang-orang yang selalu melaksanakan perintah-perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Pelbagai cara Allah mendidik hamba-hambaNya untuk kembali mencari GPS kehidupan. Diantaranya ialah Dia mendatangkan ujian dan dugaan supaya hambaNYA itu sedar bahawa kehidupan tanpa petunjuk akan menyebabkan seseorang itu ‘lost’. Apabila seseorang itu ‘lost’ maka kehidupannya tidak bermakna lagi.
Marilah sama-sama kita memegang GPS kehidupan ini sehingga ke akhir hayat. Ajaibnya GPS ini, dengan hanya melihat, memegang, memeluk dan mencium GPS ini mampu mengubah kehidupan seseorang itu. Saya ingin menarik perhatian pembaca supaya menghayati kata-kata yang ringkas tetapi memberi kesan yang sangat hebat jika diamalkan sentiasa. Salah satu keajaiban Al Quran ialah manusia tidak boleh mengubah isinya Al Quran, tetapi isinya Al Quran boleh mengubah kehidupan manusia.
Discussion about this post