Dalam beberapa siri nota tajwid yang telah dikongsikan sebelum ini, kita dah tahu berkenaan dengan simbol-simbol bagi bacaa dengung dan panjang pendek.
Untuk siri nota kali ini pula, jom kita ketahui apakah nama hukum bagi bacaan dengung pula.

Kenapa Kena Kenal Nama Hukum?
Kenapa kita kena kenal simbol, kenapa tak kenal nama hukum je? Sebab, teknik simbol ini lebih mudah untuk difahami dan lebih cepat untuk kita ingat, terutamanya bagi orang yang baru nak belajar Quran ๐
Yang penting, kita tahu cara bacaannya dulu.
Cara Bacaan Dengung
“Ustaz, betul ke bila kita jumpa simbol dengung, ada 3 perkara yang kita kena buat. Boleh ustaz terangkan?”
Ya betul. Bila kita jumpa saja salah satu di antara 11 simbol dengung di atas, ada 3 perkara yang mesti kita buat, iaitu :
1. Mesti dengung 2 harakat
2. Bunyi dengung keluar dari rongga hidung (khaisyum)
3. Bersedia untuk sebut huruf selepasnya.
Contohnya : ูู
ูู ููุจูู
Perhatikan pada simbol nun kosong, maka cara bacaannya adalah dengung 2 harakat, bunyi dengung keluar dari rongga hidung, dan bersedia untuk sebut huruf ู selepasnya.
Contohnya,
ููุงูู ุ ููููู
Simbol alif kosong, sebelumnya huruf berbaris atas, dan simbol ya kosong, sebelumnya huruf berbaris bawah, dibaca dengan 2 harakat.
Mudah kan?
Tapi, macam mana nak tahu kadar harakat bagi simbol yang lain pula? Kalau nak tahu dengan tepat, mestilah kena ada guru yang membimbing bacaan Quran kita.
Amacam, boleh ke boleh? ๐
P/S : Untuk memastikan sebutan anda betul, anda perlulah berguru. (Bertalaqqi secara One-to-One).
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website ยปยปยป cepatpandaiquran.com
Discussion about this post