Khadijah Kamisan, seorang ibu muda yang sangat ceria dan murah dengan senyuman. Beliau yang mesra dipanggil kak Ijah, berasal dari Yan, Kedah, dan kini menetap di Sabah kerana berpindah mengikut suaminya.
Menurut kak Ijah, apa saja yang kita impikan memang bermula dengan DOA. Selepas doa, beliau dipertemukan dengan AlMukhlisin. Bermula dengan mengikuti program ‘Tajweed Santai’ yang diperkenalkan oleh Ust Zul AlMukhlisin, Kak Ijah berkongsi, beliau semakin tertarik dan mula jatuh cinta dengan teknik pengajaran yang dibawa AlMukhlisin.
Antaranya, teknik cerakin, formula mudah untuk fahami ilmu tajwid, dan banyak lagi.
Dengan penuh keterujaan, beliau akui sangat seronok dapat turut serta di bawah bimbingan AlMukhlisin dan turut mengesyorkan kepada orang ramai untuk sama-sama belajar ilmu Quran dengan AlMukhlisin.
“Harapan saya, untuk diri saya sendiri, ustaz duk sebut tiap-tiap kali niat untuk menghafal 30 juzuk. Saya nak hafal 30 juzuk, insya-Allah, amin.”
“Dan saya doakan kepada semua kawan-kawan juga, dapat hafal 30 juzuk….”
“Sebelum ni saya tak tahu tajweed tu apa. Saya tahu baca sikit-sikit, saya belajar teknik simbol. Lepas tu saya belajar, naik level, kenal nama hukum. Memang seronok sangat.”
Tonton perkongsian beliau di sini :
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Kak Ijah?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

Discussion about this post