Belajar membaca Al Quran dapat dibagi kepada beberapa peringkat iaitu belajar membaca sampai sempurna dan lancar dengan kaedah-kaedah yang berlaku dalam qiraat dan tajwid, belajar erti dan maksud yang terkandung di dalamnya dan kaedah yang terakhir adalah menghafal Al Quran.
Sesungguhnya belajar membaca Al Quran itu sesutau yang mudah, tidak ada perkataan susah dalam mempelajari Al Quran. Niat dan tekad belajar sungguh-sungguh serta meluangkan waktunya adalah kunci utama untuk berjaya membaca Al Quran dengan baik dan lancar. Sebagaimana dalam Firman Allah SWT yang berbunyi :
Sebelum belajar membaca Al Qur’an ada baiknya untuk mengenal hurf-huruf hijaiyyah, dengan memperhatikan beberapa pentunjuk berikut ini :
1. Kenalkan huruf-huruf hijaiyyah dengan melihat ejaan latin, lalu praktikkan tanpa melihat ejaan latin.
2. Pengenalan huruf dilakukan secara bertahap sesuai urutan huruf.
3. Janganlah berpindah ke huruf selanjutnya sebelum menguasai huruf-huruf sebelumnya.
4. Praktikal sebutan huruf secara berulang kali dan uji sebutan huruf secara spontan.
Dalil-dalil mengenai keutamaan Al Qur’an ini, diantaranya sebagai berikut :
Al Qur’anul Karim adalah hujjah (sumber yang dapat dipercaya kebenarannya) Nabi Muhammad merupakan nabi yang terakhir dan lisan agama yang ikhlas, undang-undang syariat Islam, kamua bahasa Arab. Al Quran merupakan teladan (contoh) dan pemimpin (imam) bagi kita di dalam hidup ini dengan Al Quran kita diberi petunjuk, kembali kepada Al Quran dalam menegakkan hukum. Kita beramal dengan Al Quran dalam melaksanakan perintah Allah SWT serta menjauhi segala larangan Nya.
Al Qur’anul Karim adalah pengikat antara langit dan bumi, perjanjian antara Allah dan hambaNya. Al Qur’anul Karim adalah jalan menuju kepada Allah SWT yang kekal (abadi), Al Qur’an merupakan kitab samawi yang paling mulia dan paling agung wahyu yang diturunkan dari langit.
Discussion about this post