Merupakan seorang peguam yang berusia hampir separuh abad, En Azharulmuin Abdullah telah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga AlMukhlisin selama hampir 2 tahun.
“Saya nak memperbetulkan bacaan Al-Quran saya, dan saya juga nak menghafal Al-Quran”. Itulah luahan beliau ketika mula belajar di bawah bimbingan Ustaz Zul AlMukhlisin.

Beliau berkongsi, “sebelum ini saya ada hafal surah-surah lazim. Alhamdulillah, selepas saya menyertai AlMukhlisin ini, banyaklah surah-surah pilihan yang telah berjaya saya hafal”.
Apa yang menarik perhatian kami, walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai peguam, di mana kita sedia maklum memang sibuk dan dengan waktu luang yang terhad, En. Azhar terus konsisten untuk belajar dan sangat jarang tidak mengikuti kelas.
Bahkan, bacaan dan hafalan beliau juga semakin hari semakin baik.
Beliau juga berjaya menghafal beberapa surah lain. “Teknik yang penting dalam hafazan ini ialah kena ulang-ulang baca. Yang saya selalu buat, saya ulang banyak kali ayat-ayat”
Antara aktiviti semasa sesi pembelajaran sewaktu kelas, beliau akan mula dengan bacaan ayat-ayat yang telah dihafal, dan diulang beberapa kali. Seterusnya, barulah beliau akan baca ayat untuk hafazan yang lain pula.
“Saya cukup bersyukur dan berpuas hati dapat mengikuti program AlMukhlisin. Bagi sesiapa yang ingin perbetulkan bacaan Al-Quran, ataupun nak menghafal Al-Quran, saya rasa amat baguslah bagi sesiapa yang ingin menyertai AlMukhlisin”.
Semoga kita semua dapat mengambil sebanyak mungkin kesungguhan dan keazaman beliau dalam menuntut ilmu.
Tonton lebih dekat perkongsian beliau di SINI :
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing En Azhar ?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –
Discussion about this post