Abu Ayyub Al-Ansari radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”
Beruntungnya menjadi UMAT NABI SAW, kerana banyak perkara Allah telah melebihkan UMAT NABI SAW ini.
Diantaranya PUASA.
Nabi DAUD berpuasa selang sehari selama setahun. Tetapi Allah melebihkan umat Nabi SAW dengan hanya berpuasa 30 hari dan ditambah dengan Puasa ENAM hari dalam bulan SYAWAL, pahalanya seperti puasa SETAHUN.
Jadi sangatlah RUGI, jika tidak merebut PELUANG ini.
KAIFIAT PUASA ENAM.
Jika kita ingin berpuasa menambah ENAM HARI ini, paling awal untuk berpuasa ialah pada 2 Syawal. Ini kerana 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhuberkata:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.
“Rasulullah ﷺ melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.”
Jadi kita boleh berpuasa pada bila-bila masa bermula dari 2 SYAWAL hingga akhir SYAWAL. Samaada berturut-turut ataupun selang seli sehari, selang seli dua hari atau selang seli tiga hari.
Syarat-syarat dan adab-adabnya seperti puasa pada bulan RAMADHAN.
Niat PUASA ENAM.
Sahaja Aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan SYAWAL kerana ALLAH TAALA.
PERSOALAAN..
Bolehkah gabung PUASA WAJIB dan PUASA SUNAT? Contohnya PUASA QADHA RAMADHAN dengan PUASA SUNAT ENAM?
https://www.youtube.com/watch?v=3NgCijRqk-4
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post