“Ustaz, macam mana ye nak tentukan mim kecil yang terdapat dalam Quran, sama ada itu adalah mim Iqlab ataupun mim Waqaf Lazim? Nampak macam sama je 🤔”
Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, terdapat perbezaan di antara bentuk Mim Iqlab dan juga Mim Waqaf Lazim.
Nak tahu? Baca sampai habis tau 😉
Perbezaan Mim Iqlab & Mim Waqaf Lazim

▪️ Mim Iqlab – Berbentuk tegak, dan ekornya menurun ke bawah.
Simbol mim Iqlab menunjukkan bacaan dengung 2 harakat.
Contoh :
مِنۢ بَعْدِ
“Mimmmba’di”
▪️ Mim Waqaf Lazim – Berbentuk tidur, dan ekornya menuju ke sisi.
Ia menunjukkan simbol mesti berhenti.
Contoh :
يَسۡمَعُونَۘ وَٱلۡمَوۡتَىٰ
“Yasma’uun. Walmautaa”
Tak susah kan? Cuma kena tahu bezakan bentuk sahaja. Sebab, bila berbeza bentuk, dah tentu cara bacaan juga berbeza.
Nak lebih faham, tonton video penerangan ringkas Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin di SINI.

Iaitu untuk bawa umat Nabi Muhammad saw kepada cinta Ilmu, cinta Quran, cinta Allah dan cinta Nabi saw. 💪🏻
Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post