Umi, atau nama penuhnya Hajah Rogayah bt Ismail, yang kini 74 tahun dan merupakan seorang pesara guru, memilih untuk dibimbing oleh AlMukhlisin bersama suami beliau. Menurut Umi, mereka telah belajar selama hampir 2 tahun.
Ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau tekad untuk terus belajar meskipun usia sudah banyak, tulus umi menjawab bahawa beliau nak mahirkan bacaan Quran, tajwid, dan juga sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat nanti.
Turut beramal dengan hadis Nabi yang bermaksud, “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”, Umi masih bersemangat belajar walaupun bacaan beliau sudah lancar dengan pengalaman sebelum ini. Azam umi hanyalah supaya dapat berterusan dengan Quran.
Berkongsi perasaan beliau
“Rasanya bertambah ilmu dalam bidang Quran. Dan Umi rasa lega bila boleh teruskan lagi pelajaran Quran ini…”.
“Belajarlah Quran dengan AlMukhlisin ini sebab menambah pelajaran, mudah, dan dapat tenang hati untuk bekalan akhirat.”
Saran Umi.
Semangat dan kesungguhan umi sangat perlu untuk kita tiru, lebih-lebih lagi sebagai orang muda yang masih gagah dan bertenaga untuk menuntut ilmu. Mudah-mudahan Al Quran akan memberi syafat kepada kita di akhirat nanti, aamiin.
Tonton lebih dekat perkongsian di sini :
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Hajah Rogayah ?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

Discussion about this post