Tips Bagaimana Melatih Anak-anak Cintakan Al Quran Tanpa Disuruh Dan Diupah ‘Reward’?
“Mak, I can’t stop baca Al Quran, dah ketagih ni…” Satu ungkapan yang sangat-sangat didambakan bagi seorang ibu. Sejuk hati ibu mengandung. Mana tidaknya, selalunya apa yang keluar dari sesetengah anak-anak kecil ialah “Mak, why are u close TV? I likes pokemon and I want to watch.” 24 jam mengadap tv.
Kaedah menyuruh dan memberi upah ‘reward’ adalah satu teknik yang kurang berkesan kerana apabila anak-anak ini membesar, kecintaan mereka terhadap Al Quran tidak kekal lama. Bagi seorang ibu yang bernama Puan Siti Aminah Sulaiman tugas memastikan kecintaan anak-anak terhadap Al Quran adalah perkara yang sangat penting dan sangat mencabar. Pelbagai teknik atau cara yang difikirkan oleh beliau.
Akhirnya, disebabkan kesungguhan beliau untuk memastikan anak-anak ini membesar dengan kecintaan Al Quran, Allah telah memberikannya teguran dan ilham. Teguran yang yang diberikan oleh Allah kepada beliau ialah apabila hendak memastikan anak-anak itu cintakan Al Quran, kita yang ‘first’ sekali yang perlu ubah ‘attitude’ cintakan Al Quran dulu.
5 tips yang dipraktikan oleh beliau dan sangat efektif untuk diamalkan. Jom faham, hadam dan praktikkan.
1) SAYA STOP “MENYURUH”
Saya mula lazimi semula membaca Al Quran, jika sebelum ni saya hanya baca Al Quran kadang-kadang. Kini saya peruntukkan masa, setiap hari wajib ada slot untuk saya membaca Al Quran. Antara maghrib ke Isya’ saya akan tangguhkan semua agenda shopping beli barang dapur dan sebagainya untuk pastikan diri saya duduk mengulang Al Quran.
Saya mula lihat perubahan terhadap anak pada masa ni, mulanya dia hanya lihat dengan mata. Tiba hari seterusnya, apabila saya konsisten mengulang dan membaca Al Quran, dia mula bawa rehal dan Al Quran serta dia juga turut mengulang surah-surah juzuk yg dah dihafal. Saya tak perlu ‘SURUH’ dan ‘MEMAKSA’ lagi dan ia akan berlangsung setiap hari.
2) KAMI BERGILIR MEMBACA AYAT AL QURAN
Setiap hari Jumaat, kami wajib membuat Halaqah. Iaitu duduk dalam bulatan dan membaca surah Al kahfi secara bergilir-gilir. Maklumlah surah Al Kahfi kan panjang, cara untuk mudahkan anak mengulang surah ni ialah dibaca secara bergilir-gilir. Alhamdulillah, dapatlah kami membaca surah Al Kahfi bersama.
3) TADABBUR TERJEMAHAN AL QURAN
Saya mula bertadabbur terjemahan Al Quran. Lalu saya akan bercerita kepada anak-anak terjemahan surah. Dengan cara ini, boleh menarik minat anak-anak untuk mengetahui terjemahan. Seterusnya, kami bertadabbur makna setiap ayat-ayat Al Quran yang anak dah hafal. Alhamdulillah, saya dapat lihat sinar di mata anak-anak apabila dia mula ketahui makna setiap ayat yang di hafalnya. MasyaAllah, indah bercinta dengan Al Quran.
4) CUBA HAFAL BERSAMA
Jika sebelum ni, saya selalu minta anak-anak menghafal ayat-ayat Al Quran secara sendiri. Alhamdulillah, kini saya mengajak anak-anak untuk sama-sama menghafal surah Az Zariyat. Baru kini, saya tahu betapa susahnya menghafal Al Quran dan faham apa yang anak lalui. Letak diri kita juga dalam kasut anak untuk faham peritnya dia berusaha menghafaz.
5) PUJI ANAK DEPAN SUAMI
Bila nampak anak saya mula nak baca Al Quran tanpa disuruh, saya bercerita perihal anak pada suami.
Seriously saya dah berhenti semua reward dan tutup mulut dari suruh anak mengulang Al Quran. Saya nampak yang kita dulu perlu JATUH CINTA dengan Al Quran, baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN. Ibu bapa perlu rasa RISAU bila selalu janji rewards untuk anak baca Al Quran. Segera TAKE ACTIONS dan berubah. Sama-sama kita lahirkan keluarga cintakan Al Quran.
Discussion about this post