Ayat Ruqyah Untuk Gangguan Jin Dan Penawar Sihir
Maksud ruqyah secara istilah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.
Mesti kita banyak dengar cerita-cerita berkaitan dengan Jin dan sihir . Dalam masyarakat melayu , jin ni lebih dikenali sebagai makhluk halus iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat . Perkataan Jin berasal daripada perkataan arab iaitu Jin dan Genie dlm bahasa inggeris yang membawa maksud yang tersembunyi / yang tertutup. Dalam Islam ia bermaksud, jin ini makhluk yang berakal , berkehendak , sedar, mempunyai kewajipan , berjasad halus dan hidup di bumi .
Dalam sebuah hadis dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”
Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat dalam Quran, wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupun sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya. Maksud ringkasnya ialah, “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. “
Ayat-ayat Ruqyah
Urutan Ayat-ayat Ruqyah seperti di bawah :
- Al Fatihah
- Al Baqarah Ayat 1-5
- Al Baqarah Ayat 102
- Al Baqarah Ayat 163-164
- Al Baqarah Ayat 255
- Al Baqarah Ayat 285-286
- Ali Imran Ayat 18-19
- Al A’raf Ayat 54-56
- Al A’raf Ayat 117-122
- Yunus Ayat 81-82
- Thoha Ayat 69
- Al Mukminun Ayat 115-118
- As Soffat Ayat 1-10
- Al Ahqaf Ayat 29-32
- Ar Rahman Ayat 33-36
- Al Hasyr Ayat 21-24
- Al Jin Ayat 1-9
- Al Ikhlas
- Al Falaq
- An Nas
*Sebaiknya, hafalkan ayat dan surah-surah ini sebagai pendinding diri kita. Sesungguhnya setiap patah ayat Quran itu mempunyai rahsianya yang tersendiri. Menghafal Quran sebenarnya sangat mudah jika kita mempunyai guru pembimbing atau mengetahui teknik mudah mempercepatkan proses hafalan, seperti Panduan Mudah Hafal Quran yang diperkenalkan oleh AlMukhlisin. Boleh klik link di SINI untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Panduan Mudah Hafal Quran.
Cara Untuk Mengesan Dan Mengatasi Gangguan Jin
Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat Ruqyah. Ayat Ruqyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Selepas mendengar ayat ini, insyaa Allah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.
Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita, ayat-ayat ruqyah syar’iyyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka dan mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar ayat-ayat ruqyah syar’iyyah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.
Keistimewaan ayat ini dan simptom yang akan didapati selepas mendengar :
1. Denyutan jantung makin kencang
2. Badan bergegar
3.Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4. Mengantuk/menguap
5. Batuk
6. Gelisah
7. Panas di tengkuk
Cara menggunakan ayat Ruqyah :
1. Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan ayat Ruqyah di dalam rumah/premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi.
2. Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3. Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat. Insya Allah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4. Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan ayat Ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1 jam 20 minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Kursi 3 kali dan Al Insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, ayat Ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5. Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan ayat Ruqyah ini 3 kali sehari, insya Allah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
Anda boleh dengar dan pasang ayat ruqyah di sini :
P/S Jika anda masih mempunyai masalah setelah melakukan perkara-perkara di atas, anda boleh berjumpa dengan orang-orang yang pakar dalam bab ini.
Jangan lupa untuk memperbanyakkan dan , kerana sedekah memiliki rahsia yang dapat menolak keburukan. Mudah-mudahan dengan asbab sedekah ini, Allah menjaga diri, keluarga & keturunan daripada segala bentuk gangguan Jin & Sihir.
Allahumma Aamiin.
Anda mahu dibimbing AlMukhlisin bermula daripada asas?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekanini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –
Discussion about this post