Rasa gembira dan tenang dalam kehidupan. Itu yang kita selalu dambakan. Hakikatnya bukan harta yang banyak, pangkat yang tinggi, wajah yang cantik, dan apa-apa lagi kelebihan lain yang menghasilkan rasa gembira dan tenang dalam kehidupan. Benar, walaupun ia punya kesan, tapi tidak lama dan tidak sesekali sama. Bahkan ia mengundang rasa tidak selesa, sentiasa tidak puas dan cukup.
Demikian bila segalanya tidak dikaitkan dengan Allah swt. Tidak diserahkan kepada Tuhan yang menciptakan dan telah menganugerahkan berbagai nikmat kepada kita. Perasaan sedih, gembira, tenang, dan resah. Segalanya dari Allah swt. Allah swt menghendaki perasaan ini berputik dalam hati kita, maka berputiklah ia. Mengikut ketentuan dan hikmah dari Allah swt.
Ia datang dari Allah, maka dari Allah kita perlu panjatkan. Semua perkara datangnya dari Allah. Nabi saw diuji dengan kesedihan. Allah swt mengembirakan. Beruntunglah mereka yang menyerahkan segala jiwanya kepada Allah. Kitab Al-Quran, kitab Allah. Milik, dari Allah swt. Dengan sering membaca dan menghayatinya juga. Mampu meleraikan segala keresahan, kesakitan dan kebencian dari hati kita.
Sebelum ini hati kita sering bila tertekan, gelisah, dan rasa serabut. Lalu kita berusaha mencari jalan untuk menyembuhkannya. Jalan itu kadang pasti dengan kelalaian dan menjurus kepada jalan dosa. Al-Quran adalah ubatnya. Mungkin agak sukar dan tiada juga kesan. Namun ia bilamana hati sentiasa sudah dibersihkan dengan taubat dan amal soleh, tiada kejahatan lain, dan dihambakan diri sepenuhnya pada Allah.
Atapun segalanya hanyalah sementara, kita semua sedang dalam perjalanan. Perjalanan ini padat dengan berbagai ujian. Kelak di syurga, itulah nikmat yang ditunggu-tunggu. Itulah kemuncak kegembiraan, kebahagian dan ketenangan. Kejayaan yang sebenar-benarnya. Tiada lagi rasa perit, letih dan derita. Dunia ini tempat dan waktu beramal. Akhirat pula tempat dan waktu dibalas. Marilah kita terus bersabar. Janji Allah itu benar. Al-Quran, disebalik mampu menceriakan dan menyegarkan hidup. Bacaanya tidaklah sia-sia, besar ganjarannya. Sabda Nabi saw:
Discussion about this post