Adakah Lailatul Qadr Telah Ku Milikku Pada Tahun Ini?
Persoalan yang perlu kita tanya selepas RAMADHAN.
Macam mana seseorang itu ingin mengenali samaada dia telah mendapat malam Lailatul Qadr ataupun tidak?
Diantaranya ialah apabila seseorang itu dapat menjadikan amalannya di dalam Bulan RAMADHAN sentiasa ISTIQAMAH pada bulan-bulan seterusnya.
Bukannya menjadikan Bulan IBADAH Hanyalah pada Bulan Ramadhan…
Bukannya Puasa, Tahajjud, Baca Al Quran, Jaga percakapan, & Sedekah Semua amalan kebaikan ini hanya berlaku pada Bulan RAMADHAN.
Bukannya kita mula kembali menjadikan Masjid kembali berkurang dengan jemaah & Al Quran kembali berhabuk.
Allah telah memberikan perumpamaan bagaimana seseorang yang amal ibadahnya hanya pada satu ketika sahaja, kemudian kembali luntur dan akan kembali apabila sampai masanya iaitu Bulan RAMADHAN.
“Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali”
(QS. An-Nahl : 92)
Dahulu di Makkah, ada seorang wanita gila yang kelakuannya setiap hari menenun benang menjadi kain. Namun setelah selesai benang ditenunnya menjadi kain yg indah, Dia cabut balik kain indah itu, dia lepas-lepaskan lagi benang-benangnya semuanya.
Lalu dia tenun lagi, lalu dia cabut lagi, lalu dia tenun lagi, lalu dia lepas-lepaskan lagi.
Demikianlah perbuatannya terus menerus seperti itu.
30 hari selama berada dalam Bulan RAMADHAN, kita menenun “Ketaqwaan” kita dengan “benang-benang” Puasa, Tahajjud, Baca Al Quran, Jaga percakapan, Sedekah & Semua amalan kebaikan.
Cuba kita tanya diri..
Apakah selepas melalui TRAINING selama 30 hari dalam Bulan RAMADHAN ini, kita cabut lagi kain “Taqwa” yg telah kita tenun indah itu??
Kita lepas semua benang-benangnya, Kita tinggal Puasa, Tahajjud, Baca Al Quran, Jaga percakapan, Sedekah & Semua amalan kebaikan??
Cuba tanya sekali lagi..
Adakah Kita akan mula tenun balik pada RAMADHAN berikutnya dan dicabut balik setelah berlalunya RAMADHAN..??
Marilah kita banyakkan BERDOA sepertimana dalam Bulan Ramadhan kita banyak BERDOA.
Ya Allah Ya Mujib jadikanlah kepada kami sentiasa ISTIQAMAH di dalam setiap amalan kebaikan kami.
Ya Allah Ya Mujib setelah Engkau memberi Taufiq & Hidayah kepada kami, janganlah Engkau tarik balik Taufiq & Hidayah kepada sepertimana Engkau tarik balik Taufiq & Hidayah Qarun diakhir hayatnya.
AAMIIN..
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post