Apabila anda memahami satu atau beberapa tujuan surah-surah Al Quran, bermakna anda memahami apa yang dikehendaki Allah dalam surah tersebut. Walaupun anda tidak memahami makna keseluruhan ayat atau kata dalam surah tersebut, pemahaman terhadap tujuan umum setiap surah dapat membantu anda untuk memahami seluruh isi Al Quran.
1. Surah Al fatihah
Maksud : Pembukaan
Tema : Sinopsis dan membuka kejayaan.
Sebab Penamaan : Kerana surah ini pembukaan Al Quran
2. Surah Al Baqarah
Maksud : Lembu betina
Tema : Identiti teguh menjadi pemimpin.
Sebab Penamaan : 2 : 67 – 74
3. Surah Ali ‘Imran
Maksud : Keluarga Imran
Tema : Teguh prinsip seperti Maryam dan isteri Imran.
Sebab Penamaan : 3 : 35
4. Surah An Nisaa’
Maksud : Wanita
Tema : Adil dan kasih sayang hatta pada yang lemah.
Sebab Penamaan : 4 : 1
5. Surah Al Maidah
Maksud : Hidangan
Tema : Janji selepas bukti diberi.
Sebab Penamaan : 5 : 112-115
6. Surah Al An’am
Maksud : Binatang ternakan
Tema : Yakin dan esakan Allah.
Sebab Penamaan : 6 : 138
7. Surah Al A’raf
Maksud : Tempat tertinggi
Tema : Jadilah golongan syurga, bukan atas pagar.
Sebab Penamaan : 7 : 46,48
8. Surah Al Anfaal
Maksud : Rampasan perang
Tema : Peraturan kemenangan dan sebab kekalahan.
Sebab Penamaan : 8 : 1
9. Surah At Taubah
Maksud : Pengampunan
Tema : Taubatlah 17 kali.
Sebab Penamaan : 9 : 74
10. Surah Yunus
Maksud : Nabi Yunus a.s
Tema : Iman qadha qadar – Kaum Yunus beriman.
Sebab Penamaan : 10 : 98
Credit to Akademi Sinergi Ikhlas
Discussion about this post