Dalam surah An Naml, ada satu perkataan special pada ayat 59, iaitu perkataan ءَآللَّهُ. Cara bacaan bagi perkataan ini ada 2. Yang pertama, Mad Lazim Kalimi Mutsaqqol seperti yang kita dah bincangkan dalam artikel yang lepas. Jemput baca di SINI ye.
Jom kita tengok macam mana pula cara bacaan yang kedua ini, yang dinamakan sebagai TASHIL.

CARA KEDUA : TASHIL
Cara bacaan yang kedua pula adalah bacaan tashil, iaitu meringankan bunyi sebutan huruf hamzah yang kedua (bunyi ringan yang dimaksudkan adalah di antara bunyi sebutan huruf hamzah dan ha simpul).
Bacaan tashil dapat dikenali dengan simbol titik hitam padat,ا۬
ءَا۬الَّلُه
“A~llaahu”
Macam mana cara nak latih bacaan tashil?
Ada 3 cara untuk melatih sebutan bagi bacaan Tashil :
1) A a (ءَ ءَ)
2) A ha (ءَ ھَ)
3) A aa~ (ءَ ا) *tips sebutan : semasa menyebut, lidah ditarik sedikit ke belakang.
Sebahagian guru Quran ada yang menyebutkan keadaan ini sebagai Mad Farqi, iaitu bacaan panjang yang membezakan antara Hamzah Istifhaamiyyah (hamzah pertanyaan) dan Hamzah Ikhbaariyyah (hamzah pengkhabaran/pernyataan).
Hamzah Istifhaamiyyah ialah hamzah yang pertama (ء), manakala Hamzah Ikhbaariyyah ialah hamzah yang kedua (ا۬).
Faham kan?
Untuk lebih faham, jom tonton penerangan Ustaz Zul AlMukhlisin dalam sedutan video pendek Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin di SINI.
Sahabat, Ustaz ada satu soalan nak tanya.
“Pernah tak dalam hidup walaupun sekali je, kita terdetik nak hafal Quran? Rasa tercabar dan cemburu sangat bila tengok orang lain dapat hafal 30 juzuk Quran, dan kita rasa nak hafal juga? Tapi rasa susahnyaaaaaa nak ingat”
Jangan risau. Ustaz ada cara mudah nak bantu. Hafal Quran ni mudah je kalau kita tahu Panduan Mudah Hafal Quran. Dan yang pasti, kena ada bimbingan supaya kita tahu cara mudah untuk ingat, Nak dapatkan Panduan Mudah Hafal Quran? Klik je di SINI. Ustaz ada buat tawaran istimewa tau sekarang ni. Jadi tunggu apa lagi ? 😉
Jom ikuti perkongsian salah seorang pelajar bimbingan AlMukhlisin yang dah berjaya kuasai bacaan Quran melalui teknik simbol AlMukhlisin yang sangat mudah.

Jadi bila lagi kita nak menyahut hidayah Allah seperti mereka, untuk belajar lebih mendalam tentang kitabNya iaitu Quran?”
Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post