Merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat Omniester Sdn Bhd, Encik Shah Abdul Hamid yang berumur 49 tahun, sudah hampir 5 tahun mengikuti kelas Bimbingan AlMukhlisin.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, beliau telah berjaya khatam sepenuhnya secara bersanad yang bersambung dengan Nabi Muhammad S.A.W pada urutan yang ke 35.
Apa yang beliau kongsikan, “sebelum saya mengaji di AlMukhlisin, pembacaan saya kurang sempurna, dan juga tidak lancar. Manakala pemahaman juga kurang yakin berbanding dengan masa kini, yang sudah boleh membaca dengan penuh tartil serta memahami tajwid walaupun tidak 100%”.
Langkah Pertama Untuk Berjaya
Lumrah kehidupan, setiap perjalanan pasti ada langkah permulaan. Begitu juga dengan Encik Shah. Setelah mendapat saranan daripada sahabat karib yang juga belajar di bawah bimbingan AlMukhlisin, beliau turut terpanggil untuk mengajak Ustaz datang mengajar Quran di pejabat beliau.
Di situlah bermulanya tempoh pembelajaran beliau dan juga staf-staf yang lain secara berguru. Beliau mengakui, ketika itu beliau merasa sangat sedih.
“Amat-amat sedih ketika itu. Amat sedih sebab untuk membaca huruf daripada ayat Quran itu sendiri, huruf itu pun kurang kenal”.
Tapi syukur, tidak ada istilah terlewat untuk belajar selagi Allah masih memberikan kita nyawa.
Dapat Tahu Simbol-Simbol Pelik Setelah Berguru
Sebelum berguru, banyak simbol-simbol pelik yang tidak difahami. Tapi setelah adanya guru yang banyak beri tunjuk ajar, En Shah mula tahu dan kenal fungsi bagi simbol tersebut. Selain ilmu Al Quran dan tajwid, beliau juga dapat mengulangkaji semula ilmu-ilmu fardhu ain yang dah dipelajari sekian lama.
“Yang pertama sekali sebab keberkatan yang ada pada Al Quran itu sendiri. Yang kedua, keberkatan daripada Ustaz yang datang mendidikbukan setakat Al Quran, tetapi ilmu-ilmu Al Quran, tajwid, fardhu ain dan sebagainya…”
Dulu Hindari, Sekarang Mencari
Turut diakui, beliau sangat bersyukur dan terharu sebab Allah telah bukakan jalan hidayah yang sebenarnya kepada mereka. Jika nak dibandingkan dahulu dan sekarang, banyaklah bezanya. Kalau dulu, bila sebut Al Quran saja, terus rasa nak lari. Tapi sekarang, tercari-cari pula bila Ustaz nak datang untuk belajar dan memperbaiki bacaan Al Quran.
“Ilmu Al Quran tidak pernah putus, maka rebutlah peluang…”
Ilmu tidak akan datang bergolek jika kita yang tidak usaha untuk cari. Contohilah kesungguhan dan keazaman mereka dalam menuntut ilmu, supaya kita dapat cinta ilmu, cinta Quran, cinta Allah dan cinta Nabi s.a.w.
Tonton lebih dekat perkongsian di sini :
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing En Shah ?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

Discussion about this post