
Alhamdulillah, kita dah masuk siri 2 nota simbol dan kali ini kita nak masuk perkongsian juzuk 19 bagi bacaan panjang pendek dalam Quran.
Nak baca perkongsian simbol panjang dalam juzuk 18? Klik SINI.
Okay jom kita lihat simbol apa yang ada dalam juzuk 19 pula.
Dalam juzuk ini, kita jumpa lagi simbol ombak / tanda mad, tapi dalam 2 keadaan yang berbeza.
Keadaan 1 : Simbol ombak / tanda mad berjumpa huruf hamzah dalam 1 perkataan. Nama hukumnya ialah, Mad Wajib Muttasil (bersambung)
Keadaan 2 : Simbol ombak / tanda mad berjumpa huruf hamzah dalam 2 perkataan yang berbeza. Nama hukumnya ialah, Mad Jaiz Munfasil (terputus / terpisah).
Kedua-duanya dibaca dengan 4 harakat apabila sambung bacaan, namun berbeza harakat apabila berhenti.
Amacam, faham ke faham?
Lebih penjelasan, boleh dengarkan dalam video di SINI :
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda.
Nak baca perkongsian tentang simbol-simbol dengung dalam Quran, rujuk SINI.
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website »»» cepatpandaiquran.com
Discussion about this post