
Alhamdulillah, kita dah masuk siri 2 nota simbol dan kali ini kita nak masuk perkongsian juzuk 13 bagi bacaan panjang pendek dalam Quran.
Nak baca perkongsian simbol panjang dalam juzuk 12? Klik SINI.
Okay jom kita lihat simbol apa yang ada dalam juzuk 13 pula.
Dalam juzuk ini, simbol ombak bertemu dengan hamzah, dibaca dengan kadar 4 harakat.
Bila nak baca 4 harakat ni? Ketika sambung bacaan ke, atau ketika nak berhenti? Jawapannya adalah, ketika menyambungkan bacaan.
Tapi, sekiranya kita nak berhenti, dan simbol ombak ini tidak sempat bertemu dengan huruf hamzah, bacaannya menjadi sekadar 2 harakat sahaja.
Atau mudahnya, bila nak berhenti pada Mad Wajib Muttasil (yang bersambung kalimahnya), mesti kena berhenti dengan 4 harakat.
Contoh : بِالسُّوء
Tapi, kalau nak berhenti pada Mad Jaiz Munfasil (yang terpisah kalimahnya), ia akan kembali kepada harakat asalnya, iaitu 2 harakat sahaja.
Contoh : وَمَآ / نَفْسِى
Jadi, hati-hati ya.
Kalau tak nak tersalah baca, cuba scan dahulu sebelum nak mulakan bacaan.
Amacam, mudah kan?
Lebih penjelasan, boleh dengarkan dalam video di SINI :
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda.
Nak baca perkongsian tentang simbol-simbol dengung dalam Quran, rujuk SINI.
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website »»» cepatpandaiquran.com
Discussion about this post