Cuba teka, ada berapa simbol bagi bacaan Panjang Pendek dalam Quran semuanya ya?
Haa cuba kira dan kenalpasti, betul ke betul simbol dalam gambar ni?

Untuk bacaan panjang pendek dalam Quran ni sebenarnya mudah je, bila kita kenal dan camkan simbol-simbolnya, confirm dah boleh baca.
Cuma, kena tahu pula kadar-kadar harakat bagi setiap simbol ni. Kenapa penting kena tahu?
Sebab, kadar harakat/panjang ni ada banyak, dan ada beberapa simbol yang tak sama harakatnya.
Oh ye, sahabat dah baca perkongsian tentang simbol dengung dalam Quran? Kalau belum, rujuk SINI ya.
Pembahagian kadar harakat bagi bacaan panjang :
1. 2 harakat
2. 2, 4 atau 6 harakat
3. 4 atau 5 harakat
4. 6 harakat
Contohnya,
قَالَ ، قِيلَ
Simbol alif kosong, sebelumnya huruf berbaris atas, dan simbol ya kosong, sebelumnya huruf berbaris bawah, dibaca dengan 2 harakat.
Mudah kan?
Tapi, macam mana kita nak tahu kadar harakat bagi simbol-simbol yang lain pula? Kalau nak tahu dengan tepat, mestilah kena ada guru yang membimbing bacaan Quran kita.
Amacam, boleh ke boleh? 🙂
Ikuti perkongsian sahabat kita yang dah pun berjaya cinta Quran asbab bimbingan guru.
“Ustaz, sebenarnya saya nak sangat-sangat hafal Quran 30 juzuk. Tapi, saya rasa susah nak ingat, lebih-lebih lagi dengan umur saya yang dah agak tua ni. Macam mana ye ustaz?”
Sahabat, kalau kita betul-betul berazam nak hafal Quran, atau nak buat apa saja kebaikan, pasti ada jalan kemudahan yang Allah akan buka buat kita. Jadi, bagi anda yang mengalami situasi yang sama macam pelajar bimbingan ustaz di atas, jangan risau. InshaaAllah, ustaz boleh bantu anda hafal Quran melalui Panduan Mudah Hafal Quran. Panduan ni ustaz dah susun untuk memudahkan anda hafal Quran dengan cara yang santai je.
Nak tahu info lanjut tentang Panduan Mudah Hafal Quran, klik di SINI ye. Ustaz akan bantu sebaik mungkin 😉

Jadi, nak bercinta dengan Quran mestilah kena kenal dan faham dulu apa yang Allah sampaikan di dalamnya.
Baru lah dapat capai matlamat untuk cinta Quran💪🏻
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda untuk SAHAM AKHIRAT.
Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post