AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Cara Nabi Muhammad SAW Membentuk Keluarga Bahagia

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 3 mins read
Cara Nabi Muhammad SAW Membentuk Keluarga Bahagia

Happy family with several members in education process

Happy family with several members in education process

 

Keperibadian Rasulullah terhadap isteri, anak wajar dicontohi pasangan zaman ini Sebuah keluarga yang bahagia mampu melahirkan masyarakat sejahtera kerana kehidupan setiap individu bermula di rumah atas didikan dan bimbingan ibu bapanya. Apabila individu itu dibentuk dengan baik maka masyarakat di sekelilingnya akan harmoni dan sejahtera.

Melahirkan keluarga sejahtera dan harmoni, ibu bapa hendaklah berusaha membentuk anak menjadi generasi hebat dan berkualiti. Contoh membina keluarga boleh diperoleh daripada pendekatan Rasulullah kepada ahli keluarganya. Rasulullah SAW adalah seorang suami dan ayah yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga” Rasulullah SAW adalah bapa yang sangat penyayang. Walaupun baginda pemimpin masyarakat, kewibawaannya sebagai suami dan ayah tidak dapat ditandingi.

Rasulullah SAW juga seorang suami yang sangat romantik. Ringan tulang bantu isteri urus rumah tangga Baginda bersikap adil kepada isterinya dan dapat menguruskan kehidupan rumah tangga dengan baik. Nabi SAW juga seorang suami yang ringan tulang, sering membantu isteri dalam urusan rumah tangga tanpa disuruh. Saidatina Aisyah menceritakan, jika Nabi berada di rumah, Baginda selalu membantu. Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan baju membantu isteri di dapur.

Diriwayatkan oleh Ahmad: “Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan Baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.” Ada ketikanya romantis Nabi SAW sehinggakan Baginda sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya ke pangkuan isterinya seperti dinyatakan oleh Aisyah dalam Sahih Bukhari, “Nabi SAW membaca al-Quran iaitu mengulang hafalan dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.” Isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Baginda ketika ingin pergi ke masjid. Keperibadian Baginda terhadap isteri seharusnya dicontohi pasangan zaman ini.

Ia sangat sesuai dipraktikkan bagi memikat pasangan dan melahirkan kasih sayang antara suami isteri. Luang masa bersama keluarga Contohnya, keluar bersiar pada hujung minggu. Semua maklum setiap pasangan zaman ini mempunyai tugas dan karier, namun pasangan perlu meluangkan masa untuk bersama keluarga. Hal ini selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW yang suka keluar bersama isterinya.

Diceritakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim: “Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Hadis riwayat Muslim juga menyebut Rasulullah SAW suka membawa Aisyah makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika, Nabi SAW pernah menolak pelawaan jirannya berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika Aisyah tidak turut diundang bersama. Penyayang terhadap anak Baginda Rasulullah SAW juga ayah yang penyayang.

Baginda lemah lembut kepada Qassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Umi Kalthum dan Siti Rakiah. Baginda sangat mencintai dan mengasihi putera dan puterinya. Diriwayatkan, setiap kali puteri Baginda, Fatimah ingin masuk ke dalam bilik, Baginda akan bangun dan memimpin tangan Fatimah dan didudukkan di sebelahnya. Sesungguhnya Nabi SAW sungguh peka terhadap diri anak Baginda. Begitulah kasih sayang Baginda melayan mereka dengan penuh kasih sayang.

Putera Nabi SAW, iaitu Ibrahim meninggal dunia ketika usianya masih kecil. Walaupun Baginda sibuk dalam urusan dakwah, ketika Ibrahim sakit tenat, Baginda akan sentiasa menziarahi anaknya, bermain dan menggembirakan hati Ibrahim. Baginda SAW cuba menghilangkan derita yang ditanggung anakandanya tercinta walaupun buat seketika. Nabi Muhammad SAW sangat sedih ketika Ibrahim menghembuskan nafas yang terakhir sehinggakan mengalirkan air mata. Rasulullah SAW adalah seorang suami dan ayah yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarganya. Marilah kita berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebahagiaan rumah tangga dan memberikan kekuatan serta petunjuk untuk membina rumah tangga harmoni.

(Visited 6,556 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Fadhilat Menuntut Ilmu

Next Post

Success Stories In eJutawan

Related Posts

Motivasi

Menyingkap Peristiwa NUZULUL QURAN

19 April 2022
Anda Serabut
Motivasi

Mengurus Emosi Dengan Quran

28 March 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Success Stories In eJutawan

Success Stories In eJutawan

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?