Kelas mengaji Al Quran selepas subuh di Masjid di Taman berjalan seperti biasa.
Pagi ini sesi talaqi Surah Hud ayat 87-90. Pada ayat 87 banyak berlaku kekeliruan pada perkataan ‘ASOLAATUKA’. Ada segelintar daripada kita secara tak sengaja membaca dengan ‘ASOLAWATUKA’ dengan membaca huruf wau dua harakat. Sedangkan huruf wau itu ialah huruf tambah. sepatutnya dibaca dengan huruf alif.
Kesalahan tak sengaja juga berlaku pada perkataan ‘MAA NASYAAAAAK’. Dibaca dengan MAA NASYAAAAAUU. Huruf wau di sini juga ialah huruf tambah. Huruf sebenarnya, huruf hamzah.
Setiap pagi, sesi hafazan selama 2 minit SAHAJA. Pagi ini, ayat 11 Surah Al Mulk.
Alhamdulillah.. Allah menunjukkan buktinya bahawa Al Quran itu sangat MUDAH & SENANG. Dalam Surah Al Qamar diulang-ulang Al Quran itu MUDAH & SENANG sebanyak 4 kali. Ayat 17, 22, 32, dan 40. Membacanya MUDAH, Menghafalnya MUDAH, Mengamalkannya juga MUDAH.
Sebelum ini, membaca Al Quran itu sedikit kesukaran bagi ahli jemaah, tetapi setelah dipraktikkan setiap hari. Ianya menjadi MUDAH & SENANG. Bukan setakat membaca menjadi MUDAH. Menghafal juga sudah menjadi MUDAH. Alah bisa, tegal biasa.
Anda nak tahu macam mana?
Formulanya sangat MUDAH & SENANG, sentiasalah membaca & mempraktikan setiap hari.
MUDAH & SENANG kan?
Sesi memahami Al Quran.
Ayat 11 Surah Al Mulk, mengatakan manusia yang berdosa kepadaNYA akan mengakui dosa-dosanya di hari yang mana tidak ada lagi pembohongan berlaku. Pada hari yang mana tangan, dan kaki menjadi saksi. Mulut yang boleh berdalih atau berbohong ditutup oleh Allah. Surah Yaasin, Ayat 65.
Keadaan mereka yang berdosa ini sudah digambarkan di dalam surah As Sajdah ayat 12. Mereka yang berdosa tunduk dan meminta ‘execuse’ kembali ke dunia untuk beramal soleh. Pada hari ini ‘NO EXECUSE’ untuk kembali ke dunia.
Jadi,
Marilah kita sama-sama memohon ampun akan dosa-dosa kita di dunia sebelum terlambat. Datuk moyang kita berkongsi satu doa dan formula nak ‘bodek’ Allah supaya menerima taubat kita.
‘Robbana Dholamna Anfusana Waillam Taghfirlana Watarhamna Lakunanna Minal Khoosirin. Surah Al A’raf ayat 23.
Jom amalkan teknik B-FASH ketika bersama Al Quran. Baca, Faham, Amal, Sampaikan & Hafal.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post