Saya karang peringatan ini untuk reminder bersama dikala hanyut dibuai keduniaan.
Pembaca yang disayangi,
Apakah yang biasa kamu minta apabila berdoa?
Adakah dimulai dengan habuan dunia, tanpa diminta keampunan dan rahmatNya?
Pembaca yang disayangi,
Marilah kita sama-sama ‘search’ dalam ‘manual book’ yang kehebatannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ‘search engine’ apakah yang diminta oleh para sahabat dan Kekasih kita Muhammad SAW?
Adakah ‘first priority’ mereka habuan dunia atau apakah ia?
“Dan mereka tidaklah memohon melainkan mereka berkata, ‘Wahai tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan sikap melampaui batas dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami (dalam agamamu), dan bantulah kami dalam mengalahkan golongan kafir.”
Pembaca yang disayangi,
Terkadang kamu mesti lahirkan rasa malu apabila bermunajat denganNya, lalu kamu meminta nikmat, memohon kekayaan, kesihatan, keselesaan hidup, kejayaan projek dan lainnya terlebih dahulu daripada memohon keampunan daripada Maha Penghapus Dosa, dan sebelum kamu memohon keberkatan dalam hidup.
Kerana tanpa rahmat dan keberkatan, segala kekayaan, segala pangkat, segala kehormatan akan bertukar menjadi bala bencana buat dirimu. Ingatlah, senyum itu pahala yang membawamu ke FIRDAUSI.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post