7 Tips Penting Untuk Tingkatkan “Level” Bacaan Al Quran
1. Elakkan kesalahan tajwid umum
Tajwid umum yang dimaksudkan adalah hukum mad iaitu panjang dan pendek, dengung dan tak dengung, ikhfa’, idgham dan sebagainya.
2. Elakkan kesalahan makhraj dan sifat
Terdapat beberapa huruf yang perlu dijaga seperti huruf isti’la dan istifal, istitolah, hamas dan itbaq. Berikut adalah 10 huruf yang selalu disebut secara kurang tepat :
خ غ ح ع ض ر ط د ظ ذ
3. Elakkan kesalahan sebutan dengung
Bunyi dengung yang selalu dibunyikan dengan kurang tepat apabila nun mati bertemu 5 huruf ini, bunyi dengung perlu ditebalkan kerana berikut bersifat isti’la.
ص ض ط ق ظ
4. Elakkan kesalahan huruf yang dilantunkan bunyi
Kadang-kadang tanpa sedar melantunkan bunyi beberapa huruf bukan qolqolah. Contoh perkataan أنعمت selalu ada bunyi tambahan selepas huruf nun yang dimatikan (ana amta) sedangkan bunyi yang tepat adalah (an’ amta).
5. Elakkan kesalahan huruf yang dibunyi secara salah
Sebagai contoh perkataan عليهم, sebutan yang tepat adalah ‘Alaihim’ tetapi ada kalanya pembaca membunyikannya ‘Alaihem’. Ia adalah bunyi huruf yang kurang tepat.
6. Elakkan kesalahan huruf ditebal atau dinipis secara tidak sengaja
Sebagai contoh perkataan المغضوب, huruf mim selalu dibunyikan secara tebal seperti ‘moghdub’. Bunyinya yang tepat adalah ‘maghdub’ kerana mim adalah huruf istifal (bunyi nipis).
7. Huruf ‘Ro’, tebal dan nipis
Huruf ‘Ro’ memang agak mengelirukan. Ini kerana bunyinya boleh menjadi tebal dan nipis bergantung kepada keadaannya. Anda boleh tingkatkan penguasaan sebutan huruf ‘Ro’ dengan membaca surah Qomar, juzuk 27.
Discussion about this post